Tuesday, November 17, 2009

Soalan Ramalan SPM

1. Berikut adalah rukun umrah, kecuali
A. Tawaf
B. Wuquf
C. Sa’ie
D. Bercukur

2. Berikut adalah faktor perkembangan ilmu pengetahuan
di zaman kerajaan Abbasiyyah, kecuali

A. Kestabilan politik dan kewangan kerajaan Abbasiyyah
B. Aktiviti penterjemahan pelbagai bidang ilmu
C. Usaha dan galakan khalifah.
D. Kekuatan fizikal khalifah

3. Maksud musyrik ialah

A. Orang yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran
B. Orang yang keluar daripada agama Islam
C. Orang yang menyekutukan Allah
D. Orang yang tidak beragama

4. Antara berikut adalah pandangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah

A.Iman seseorang akan bertambah dan berkurang
B.Al-Qur’an adalah makhluk Allah yang paling mulia
C.Mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka
D.Manusia tidak akan dapat melihat Allah sehingga hari kiamat

5. Antara berikut adalah hikmat menjaga adab berhias diri

A. Menjadi daya tarikan orang ramai
B. Menjauhkan diri daripada kehinaan
C. Membolehkan diri dipuji dan bangga dengan kecantikan diri
D. Menjadikan masyarakat bimbang untuk berdamping dengan seseorang

6. Antara syarat sah saei dalam ibadat haji mesti dilakukan selepas ibadat

A. bermalam di Muzdalifah
B. bermalam di Mina
C. melontar di jamrah
D. tawaf ifadah

7. “Al-Qanun fi al-Tibb” merupakan hasil karya
A. Ibnu Kuhafah
B. Ibnu Khaldun
C. Ibnu Abbas
D. Ibnu Sina

8. Berikut adalah garis panduan yang diambil oleh Ibnu Khaldun
dalam penelitian analisis laporan sejarah, kecuali

A. Mengkaji sesuatu peristiwa untuk dijadikan iktibar
B. Membandingkan antara peristiwa-peristiwa berdasarkan
sebab musabbab
C. Mengambilkira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap
apa yang berlaku
D. Mengambilkira kedudukan geologi dan politik terhadap
peristiwa yang berlaku

9. Khalifah ar-Rashidin yang digelar al-Faruq (pemisah antara
kebenaran dengan Kepalsuan) ialah Sayyidina

A. Abu Bakr as-Siddiq
B. Uthman bin Affan
C. Ali bin Abi Talib
D. Umar al-Khattab

10. Berikut adalah antara ciri orang yang cintakan negara, kecuali

i. Memakai pakaian tradisional
ii. menyanyikan lagu-lagu patriotik
iii. membantu usaha memaju dan menguatkan ekonomi negara
iv. melibatkan diri untuk mempertahankan negara sekiranya
diancam musuh

A. i dan ii
B. ii dan iii
C. iii dan iv
D. i dan iv

11. Antara berikut adalah perkara wajib haji

A. Wukuf di Padang Arafah
B. berniat ihram di miqat
C. berniat ihram
D. bercukur

12. Berikut adalah syarat yang perlu ada pada ahli syarikat,
kecuali

A. Merdeka
B. Berakal
C Lelaki
D Baligh

13. Pernyataan yang benar mengenai ajaran sesat

i. Ajaran yang boleh diterima dan diamalkan
ii. Ajaran yang hampir menepati aqidah Islam
iii Ajaran yang dipengaruhi oleh doktrin tempatan
iv. Ajaran yang menimbulkan kekeliruan pemikiran umat Islam

A. i dan ii
B. ii dan iii
C. iii dan iv
D. i dan iv

14. Tujuan Islam menggalakkan perkahwinan adalah untuk
i. Menambahkan pahala ibadat kepada Allah s.w.t
ii. Dijaga oleh anak-anak ketika usia tua
iii.Dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t
iv. Menambahkan bilangan penduduk

A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv

15. Berikut merupakan perkara yang sunat dilakukan sebelum memulakan musafir

i Berdoa
ii Menyediakan bekalan
iii Mengucapkan selamat tinggal
iv Menjama’ dan mengqasarkan solat

A. i , ii dan iii
B. ii, iii dan iv
C. i, ii dan iii
D. i, iii dan iv

16. Berikut adalah ‘iddah bagi isteri yang telah diceraikan suaminya kecuali

i. Tiga bulan bagi isteri yang sudah putus haid
ii. Empat kali suci daripada haidnya
iii. Empat bulan sepuluh hari
iv .Sehingga melahirkan anak

A. i dan ii
B. ii dan iii
C. iii dan iv
D. i dan iv


17. Antara berikut, yang manakah tidak benar mengenai Imam Bukhari

A. Bapanya meninggal dunia ketika beliau masih kecil
B. Menghafaz al-Qur’an ketika berusia 11 tahun
C. Menghidap penyakit mata ketika kecil
D. Menghasilkan kitab Sahih Bukhari

18. Antara ibadat yang dilakukan pada 10 hb Zulhijah termasuklah
I.melontar di Jamrah al-Aqabah
II.bermalam di Muzdhalifah
III.wukuf di padang Arafah
IV. bermalam di Mina
A.I dan II
B.I dan IV
C.II dan III
D.III dan IV

19.Berikut merupakan rukun gadaian, kecuali
A. Bayaran
B. Penggadai
C. Niat gadaian
D. Ijab dan kabul

20. Dalam urus niaga jual beli barang perhiasan,
Pn Halimah melafazkan dialog berikut kepada
Pn. Hasanah, “Saya jual rantai emas saya ini
kepada awak selama setahun sekiranya saya pergi ke luar negeri”

Akad atau kontrak jual beli di atas tidak sah kerana
A.nilai harga tidak dinyatakan dengan jelas
B.ijab dan kabul telah ditentukan masanya
C.tempat jual beli tidak dinyatakan
D.ijab dan kabul bertaklik

21. Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui
oleh kedua belah pihak bakal pengantin dikenali
sebagai___________________

22. * Tidak mengungkit semula
* Ikhlas semata-mata kerana Allah
* Barang yang berkualiti dan yang disayangi
Pernyataan di atas adalah merujuk kepada adab__________________

23. Haji Ahmad membayar dam dengan menyembelih seekor
kambing kerana beliau memakai minyak wangi semasa
dalam ihram. Dam tersebut dinamakan_____________

24. __________________ memberi perlindungan kepada
mereka yang menghadapi erugian pendapatan atau harta.

25. Jamrah al-Aqabah juga dikenali sebagai _________________

26. Dalam urus niaga, penjual dan pembeli perlu mengetahui
jenis, sifat dan ________barang.

27. Proses li’an hendaklah dilakukan di hadapan ___________

28. Undang –undang Islam yang diamalkan di Tanah Melayu
sebelum kedatangan Inggeris ialah Hukum ________________.

29. Pembunuhan Khalifah _______________ adalah disebabkan
perbuatan golongan pemberontak atau munafik

30. Panglima tentera Islam pada zaman Khalifah Saidina Abu Bakar
as-Siddiq yang telah berjaya mengalahkan Hurmuz pembesar
Parsi di Iraq ialah ________________

31.Saidina Umar al-Khattab dilantik menjadi khalifah
melalui____________ daripada Saidina Abu Bakar al-Siddiq
dan dipersetujui Majlis Syura.

32.Sistem kehakiman zaman Abasiyyah menjadi kukuh dengan
terbinanya mahkamah al-Hisbah dan _______________

33.Khalifah ____________________ menjadikan istananya
sebagai tempat untuk para sarjana Islam bertemu,
bermuzakrah dan menyampaikan ilmu.


Soalan 34 dan 35 berdasarkan rajah di bawah.
Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Nama lain
Ahli Sunnah Wal Jamaah


Ahlu Sunnah 34.________ Ahlu Al-Jamaah 35.________


36. Umat Islam pada zaman Abasiyyah telah berjaya
menguasai ilmu sains dan teknologi daripada
orang Rom, Parsi dan __________

37. Di kalangan ahli hadis, Imam Bukhari telah
diiktiraf dengan gelaran ________________

38. Gelaran bagi Jamaluddin Al Afghani ialah _________
kerana salasilah keturunannya bersambung dengan
Nabi Muhammad S.A.W

39.Gerakan yang diperjuangkan oleh Syeikh Tahir
Jalaluddin ialah __________

40.Hukum menziarahi dan menjaga orang sedang
sakit adalah ________________


BAHAGIAN B

1.(a) Sabda Rasulullah SAW :

i. Apakah makna munafiq? [2 markah]
ii. Senaraikan empat sifat munafik berdasarkan
hadis di atas. [4 markah]
iii.Bagaimanakah cara anda dapat mengawal
diri daripada perbuatan nifak. [4 markah]

(b).Ajaran sesat ialah ajaran yang didakwa sebagai
ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah
dengan al-Quran dan al-Sunnah.
i.Jelaskan dua kesan negatif ajaran sesat
terhadap orang yang mengamalkannya.
[4markah]
ii.Terangkan dua langkah yang berkesan untuk
menangani ajaran sesat dalam masyarakat
[4 markah]
iii.Nyatakan dua contoh kumpulan ajaran sesat
yang terdapat di Malaysia. [2 markah]

2.(a) Firman Allah SWT,Maksudnya :
Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji
dengan mengunjungi Baitullah kepada
sesiapa yang mampu sampai kepadanya.
Nyatakan maksud mampu (istita’ah) dalam
ayat tersebut. [4 markah]

(b) Nyatakan hukum dan alasan bagi situasi berikut :
i) Seorang gadis telah berkahwin dengan berwalikan
bapa angkatnya [2 markah]
ii) En Halim telah merujuk bekas isterinya
dalam tempoh idah tanpa persetujuannya.
[2 markah]
iii) Haji Amin telah melakukan ibadat wukuf
pada jam 10.00 pagi Zulhijah [2 markah]

(c) Hadhanah ialah hak penjagaan terhadap anak yang
belum mumayyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.

i)Apakah hukum hadhanah ? [2 markah]
ii)Jelaskan dua sebab seseorang itu gugur
hak hadhanah. [4 markah]
iii)Terangkan dua hikmah ibu diberi keutamaan
dalam mendapat hak hadhanah [4 markah]

3.(a)Para khalifah Abbasiah amat mengambil berat tentang
perkembangan ilmu sains dan teknologi.
i.Terangkan dua program yang telah dilaksanakan
oleh khalifah untuk memajukan bidan berkenaan
[4 markah]
ii.Terangkan dua kepentingan menguasai ilmu sains
dan eknologi. [4 markah]

(b)Melibatkan diri dalam bidang perniaggan merupakan
usaha yang mulia dan amat dituntut dalam Islam.
i.Terangkan dua bentuk perniagaan yang dilarang
dalam Islam. [4 markah]
ii.Jelaskan dua adab berniaga yang disyariatkan
oleh Islam selain daripada amanah. [4 markah]

(c)Ibnu Khaldun merupakan seorang tokoh dalam pelbagai
bidang.
Buktikan kebenaran pernyataan di atas. [4 markah]


4.(a)Kerajaan Khulafa al-Rasyidin telah membuat beberapa
pembaharuan dalam sistem pentadbiran negara.
i.Nyatakan dua daripada pembaharuan tersebut.[2 markah]
ii.Jelaskan dua ciri kepimpinan Khulafa al-Rasyidin.
[4 markah]
iii.Terangkan dua akibat membelakangkan kepimpinan
Khulafa al-Rasyidin. [4 markah]

(b)Islam telah menggaris beberapa panduan ketika menziarahi jenazah
i.Nyatakan dua adab menziarahi jenazah. [2markah]
ii.Terangkan dua perkara yang dilarang ketika
menziarahi jenazah [4 markah]
(c ).i.Nyatakan dua penemuan Ibnu Sina dalam bidang
perubatan [2markah]
ii.Nyatakan dua kitab Ibnu Sina

No comments:

Post a Comment